Thursday, July 5, 2012

TraUMa ciNtA

Terkadang manusia suka dengan istilah CINTA..tapi apakah CINTA sebenarnya...cuma hati yang boleh menceritakan segala2nya...

Kenapa aku menyatakan TRAUMA CINTA..kerana setiap manusia yg melalui kisah CINTA dalam hidupnya tidak sama di antara satu sama lain..setujukah dgn pernyataan ini..?

CINTA yg pastinya dan yang kekal abadi adalah hanya kepada ALLAH s.w.t...selain drpdnya perlulah berlandaskn ajarannya...mungkin benar rmai yg tersalah langkah hanya krn sbuah CINTA yang berlaku di antara sesama makhluknya.

Laluan CINTA sesama manusia ini dan kisah yg dilalui oleh seseorg pn x sama kerana setengah dari mereka menjalani kehidupan dengan mudah sekali dari segi percintaan..terkadang kecundang di pertengahan & x krg juga yang bahagia di permulaan dan kecewa di akhirnya. Itu semua dugaan dalam kehidupan.

Zaman yg serba canggih ini tidak krg yang mengambil jalan singkat utk melarikan diri dr kehidupan b'masalah hanya kerana takut akan mengalami kekecewaan dgn membunuh diri..sesungguhnya perkara itu dilaknat ALLAH s.w.t. Nauzubillah... Sampai di sini dulu..semoga berjumpa di masa yg lain.



Wednesday, May 12, 2010

Aku dan Dia...

Malamku kali ini terasa berbunga di hati
Siangku sentiasa mekarnya sang bunga..
Tidak dapat ku gambarkan perasaanku ini..
Adakah cinta sedang bergelora..?

Aku meniti hari ingin dekat padanya
Tetapi kekangan masa dan jarak menjauhkan aku dan dia
Namun itu semua tidak mematahkan semangatku
Ia menjadi pembakar semangat
untuk aku menjadi pencinta yang setia

Aku dan dia sentiasa
menyampaikan berita walaupun dari kejauhan
Aku sentiasa merindui dirinya
Dia juga amat merinduiku..
Oleh kerana aku ingin dirinya menjadi
seorang insan yang tabah dan bertanggungjawab
Aku rela berjauhan demi untuk masa depan
aku dan dia..
Dia rela korbankan masanya
demi membanting tulang sehingga malam
Aku terharu dia sanggup
apa sahaja untuk ku

Namun aku tidak mahu dia
adalah sementara sahaja
singgah di laman hatiku
Aku tidak sanggup menerima kekecewaan
yang hampir membunuh perasaanku
terhadap insan bernama lelaki

Sesungguhnya dia sabar
sentiasa tenang
Ku harap ianya akan berpanjangan..
Abg.. aku amat menyintaimu
seandainya kita bersama..
ku akan menjaga sebaiknya hubungan ini..
Semoga Allah memakbulkannya...

Nukilan: Lya_jb
Email: pinkgurlz82@gmail.com

Monday, May 3, 2010

TinGGaL KeNanGaN...

Di malam yang gelap
Suasana yang sunyi dan sepi
Tercetuslah sebuah kenangan
Kenangan yang tak mungkin akan pudar


Seorang jejaka yang datang dalam hidupku
Sebagai sebuah mimpi yang manis
tetapi pahit tatkala saat akhirnya


Ku tak sangka diriku
dibiarkan keseorangan tatkala kasihku diterima
Yang pada mulanya menagih cinta
Cinta yang sememangnya tidak mudah kuberikan
Tidah mudah untuk aku katakan sayang
Namun apa dayaku
Dia adalah pemuja hatiku saat itu


Entah kenapa pada mulanya
kegembiraan menjelma
Senyuman menguntum
Pada saat akhir..
Tidak kusangka dia berubah
tanpa peduli kesihatanku, senyumanku, kegembiraanku..
lalu ku terasa hati


Akhirnya penipuan demi ketidakpuashatian berlaku..
Sehinggalah ku kecundang tanpa sebarang kata
yang diucapkan dari mulutnya
Adakah dia masih ingat padaku?..



Nukilan: Lya_jb
Email: pinkgurlz82@gmail.com

5 TiPs MemuLaKaN PeRKenALan


Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.

Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.

Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut.


1. Bersedia untuk ditolak

Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.

Oleh sebab itu sebagai lelaki anda jangan sesekali tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri. Dalam aspek ini anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak.

Namun itu tidak bermakna anda tidak cukup bagus untuk menjalinkan hubungan dengan mereka. Mungkin dengan orang lain, salam perkenalan yang anda hulurkan akan bersambut jika ianya kena dengan situasi atau status seseorang itu.


2. Buang rasa malu

Kebanyakan lelaki atau wanita gagal untuk memulakan perkenalan yang baru di dalam hidup mereka kerana memiliki rasa malu yang sangat tebal

Perasaan itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu. Apatah lagi jika anda malu tidak bertempat atau untuk perkara yang seharusnya anda tidak perlu malu.

Cubalah bersikap terbuka kerana sikap sebegitu membuatkan orang lain selesa untuk mendampingi anda. Malah lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.


3. Belajar memahami

Sebagai lelaki mereka perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita dengan salam perkenalan yang dihulurkan. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.

Namun jika wanita tersebut berusaha melarikan diri daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, jangan sekali-kali mendesak. belajar menerima keputusan yang dibuat olehnya.

Sementara itu bagi golongan wanita pula, anda mestilah menunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan yang terjalin. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau sudah terdesak untuk mencari calon suami.


4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnya

Tidak kira lelaki atau wanita, anda jangan sekali-kali lupa akan nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.

Itu membuatkan mereka akan berkecil hati walaupun hakikat sebenarnya anda sangat teringin untuk mempereratkan perhubungan yang baru terjalin. Selain itu anda juga perlu menyimpan nombor telefonnnya.

Maklumlah jika si dia menghantar SMS kepada anda, tidaklah anda tertanya-tanya siapa yang menghantarnya. Jika anda membalas SMS tersebut dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.


5. Bersikap positif

Di dalam proses menjalinkan perhubungan yang baru, sikap positif dan saling bertolak ansur sangat penting. Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya.

Manakala golongan lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya. Maklumlah anda berdua baru sahaja perkenalan. Jadi tidak perlulah anda menjaganya mengalahkan ibunya sendiri.

Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda dan percayalah sikap sabar yang anda tunjukkan itu pasti berbaloi pada masa yang akan datang.


UkUr CINTA meLalui WaRnA



Benarkah warna kesukaan boleh menjadi kayu ukur kepada rasa cinta seseorang? Walaupun ada pihak yang kurang bersetuju, namun adakalanya warna yang diwakili mampu menyatakan perasaan sebenar kamu terhadap si dia.


Oleh itu, apa kata kita cuba mengukur cinta melalui warna. Apa yang penting, untuk melihat kejayaannya anda perlu mengetahui warna kesukaan anda serta pasangan.


Jangan sesekali berfikir bahawa menyukai warna yang sama, menjadikan kamu berdua sebagai pasangan yang serasi. Hakikatnya, cinta perlukan kombinasi warna yang berlainan agar cinta yang terjalin menjadi lebih ceria, harmoni dan romantis.



1. Merah + Biru


Si biru seorang yang suka beralah dan berjiwa lembut. Namun, jangan pula sesekali kamu mengambil kesempatan ke atas jiwanya yang lembut itu. Kebanyakan mereka yang menyukai warna biru seorang yang berjiwa seni.


Si merah pula selalunya lebih agresif dan keras hati. Meraka selalunya tidak segan silu untuk melakukan langkah pertama asalkan apa yang mereka hajati terlaksana. Kalau boleh setiap apa yang mereka ingini harus diturutkan.


Dalam konteks pasangan pula, kombinasi si merah dan si biru akan menjadikan hubungan yang terjalin lebih ceria. Apa yang paling penting adalah sikap saling bertolak ansur dan haruslah membina rasa persefahaman agar percintaan yang terjalin kekal untuk selamanya.



2. Hijau + Oren


Dua kombinasi warna yang agak kurang serasi. Ini kerana mereka yang menyukai warna ini dikatakan agak manja dan bukan seorang yang suka berdikari. Mereka juga dikatakan suka dibelai dan disayangi.


Jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan dari insan tersayang, mereka mudah naik angin dan akhirnya hubungan yang terjalin putus di tengah jalan.


Bagi pasangan yang mahu terus mencuba, mereka perlu selalu bersabar dan sentiasa berbincang apabila wujud sesuatu masalah yang menggugat perhubungan mereka. Dengan perbincangan dari hati ke hati, ia mampu menyelamatkan cinta yang terjalin di antara si hijau dan si oren.



3. Biru + Hijau


Kombinasi si biru dan si hijau dikatakan kombinasi yang paling sempurna. Tidak banyak masalah yang wujud di antara mereka kerana pasangan jenis ini saling sayang-menyayangi, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.


Walaupun ada sahaja cabaran di dalam hubungan cinta mereka, mereka dengan mudah mengatasinya. Sikap mereka yang matang serta tidak mudah percaya kepada khabar angin menjadikan si biru dan si hijau cukup serasi bersama.


Malah percintaan yang terjalin di antara si biru dan si hijau juga selalu dicemburui oleh rakan-rakan sekeliling. Namun mereka tidak pernah merasa bangga diri kerana percaya setiap orang berhak untuk mencari kebahagiaan sendiri.



4. Merah + Oren


Kombinasi warna merah dan oren pula dikatakan kurang sesuai. Ini kerana personaliti mereka yang menyukai kedua-dua warna ini dikatakan sangat agresif dan lasak.


Jika menjalinkan hubungan yang istimewa sekalipun, mereka jarang menyatakan rasa cinta kepada pasangan. Ini kerana mereka lebih gemar mengamalkan konsep, cinta tidak perlu dinyatakan dengan perkataan-perkataan romantis, cukup sekadar perhatian yang diberikan.


Oleh sebab itu, si merah dan si oren dikatakan kurang sesuai untuk bersama. Mereka seharusnya mencari seorang yang berjiwa halus dan romantik agar jiwa mereka yang keras itu dapat dilembutkan. Rasanya si biru cukup sesuai buat mereka.

Saturday, April 24, 2010

GATSBY Deodorant Street Fair

GATSBY Deodorant Street Fair

Friday, April 23, 2010

CiUmAn MenGiKut ZoDiaK


Aquarius

Sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak serabutan. Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.




Pisces

Orang-orang dengan bintang berlambang ikan ini memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan ghairah, serta wow… berlangsung cukup lama! Bagaimana, apakah gaya berciuman Anda ternyata sesuai dengan bintang anda.




Capricorn

Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang- orang berbintang Capricorn khabarnya sangat-sangat romantis. Bahkan saking romantisnya, ciuman ala mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress!



Aries

Orang-orang Aries ternyata memiliki gaya berciuman yang cepat dan penuh dengan nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut biasanya cepat pula selesainya.




Taurus

Berbeza dengan mereka yang berada di bawah naungan Taurus, dimana ciuman mereka umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak tergesa-gesa, tenang,penuh kemesraan dan berlangsung terus… terus… dan terus.



Gemini

Orang-orang Gemini konon mempunyai peribadi yang hangat dan ceria. Tidak heran jika gaya berciuman mereka kekadang diselingi oleh senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!




Cancer

Warga Cancer memang terkenal dengan sikapnya yang hati-hati, agak tertutup dan cenderung ingin selalu dilindungi. Tak heran jika dalam urusan berciuman mereka lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat, dan seperti tidak mau lepas saja!




Leo

Orang-orang Leo yang terkenal keras dan tegas ternyata memiliki gaya berciuman yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan- segan untuk menggigit dan mencakar! Pun warga bintang berlambang singa ini ternyata sangat senang jika mendapat pujian dari pasangannya, utamanya pujian atas ghairahnya yang luar biasa.




Virgo

Warga Virgo memiliki gaya berciuman yang halus, lembut, rapi,sampai sang pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.




Libra

Gaya berciuman warga Libra konon kurang hangat! Kenapa? Kerana mereka pada umumnya terlalu khuatir dengan urusan di luar hasrat mereka. Belum lagi,mereka gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.




Scorpio

Percaya atau tidak, orang-orang di bawah naungan Scorpio rupanya tidak terlalu suka dengan ciuman. Kerananya, jangan kaget apabila dalam sebuah hubungan intim mereka kerap melewatkan aktiviti yang satu itu dan lebih suka langsung menuju sasaran.




Sagitarius

Hmmm… berbahagialah Anda yang berbintang Sagitarius atau pun yang memiliki pasangan dengan bintang ini. Pasalnya, mereka yang berbintang dengan lambang busur panah ini memiliki gaya berciuman yang mengejutkan, spontan,dan… mengghairahkan. Tak heran jika konon banyak orang yang menanti-nanti ciuman ala si Sagitarius ini.



p/s: Hanya untuk suka2, jgn jadikan ianya sbg rujukan.