Wednesday, May 12, 2010

Aku dan Dia...

Malamku kali ini terasa berbunga di hati
Siangku sentiasa mekarnya sang bunga..
Tidak dapat ku gambarkan perasaanku ini..
Adakah cinta sedang bergelora..?

Aku meniti hari ingin dekat padanya
Tetapi kekangan masa dan jarak menjauhkan aku dan dia
Namun itu semua tidak mematahkan semangatku
Ia menjadi pembakar semangat
untuk aku menjadi pencinta yang setia

Aku dan dia sentiasa
menyampaikan berita walaupun dari kejauhan
Aku sentiasa merindui dirinya
Dia juga amat merinduiku..
Oleh kerana aku ingin dirinya menjadi
seorang insan yang tabah dan bertanggungjawab
Aku rela berjauhan demi untuk masa depan
aku dan dia..
Dia rela korbankan masanya
demi membanting tulang sehingga malam
Aku terharu dia sanggup
apa sahaja untuk ku

Namun aku tidak mahu dia
adalah sementara sahaja
singgah di laman hatiku
Aku tidak sanggup menerima kekecewaan
yang hampir membunuh perasaanku
terhadap insan bernama lelaki

Sesungguhnya dia sabar
sentiasa tenang
Ku harap ianya akan berpanjangan..
Abg.. aku amat menyintaimu
seandainya kita bersama..
ku akan menjaga sebaiknya hubungan ini..
Semoga Allah memakbulkannya...

Nukilan: Lya_jb
Email: pinkgurlz82@gmail.com

No comments:

Post a Comment